THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

^^

INFAK KE JALAN ALLAH Firman Allah swt. Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan yang berlipat ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah : 265)

Adda Prihatin Nasib Anak-Anak Kecil Anda...

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Sesiapa yang ingin menyerahkan anak samada anak yatim, miskin, anak tidak sah taraf atau anak-anak terlantar untuk dipelihara oleh ibubapa angkat boleh hubungi Adda 0139232002/ email & YM (addatrade@yahoo.com)

Alangkah zalimnya..

Alangkah zalimnya..

AnUgeRAh...

AnUgeRAh...

Kasihanilah.....

Alangkah zalimnya manusia yang berwajah manusia tetapi berhati binatang... Binatang pun mengerti tentang ikatan kekeluargaan dan kasih sayang. Binatang pun tahu sayang anak, tetapi manusia sebegini, anak dibuang di tong sampah, lubang tandas, tepi jalan, dlm kotak sampah dan ada yang mati kerana dihurung semut. .. Manusia atau binatang, rasanya manusia sebegini lebih hina dari binatang. Layak ke dipanggil manusia?



AnAk AnuGeraH ALLAH S.W.T

AssaLamualaiKum.....

Hati ini tersentuh.... terpanggil untuk berkongsi cerita setelah melihat berita seorang anak yang dibuang dalam satu tong sampah dan di bakar.(kejadian ini berlaku di negara jiran). Sungguh kejam dan zalim!! Kenapakah si pelaku ini tergamak melakukan sebegitu kepada bayi yang suci dan tidak berdosa itu?.

Anak adalah anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini.Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggung jawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina peribadi dan akhlak kanak-kanak.

Kanak-kanak ibarat rebung, ibarat kain putih, tergantung kita bagaimana melenturkannya, mencorakkannya mengikut acuan warna-warni yang telah digariskan syariat... Amat besar tanggungjawab dan amanah Allah dalam mendidik dan membentuk peribadi anak-anak ini... Mereka juga tidak mampu melindungi diri sendiri, cuma mengharap perlindungan dari orang dewasa untuk berdikari.

Berilah hak kehidupan yang bermakna buat anak-anakmu.... Jika tidak mampu dan berkesempatan untuk mengasuh dan membelai mereka dengan tangan dan kasih sayangmu sendiri... Carilah jalan... masih ada yang perihatin dan sudi memberi kasih sayang pada anak2 kecil ini.... Demi amanah Allah..... Kasihanilah mereka... Adda Prihatin Nasib Anak-Anak Kecil Anda...

SeKian....
uKiran Adda^^

Tuesday, October 26, 2010

AnuGeraH tak TeRniLai...

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50). Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74). Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6). Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti. Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak. Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”. Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami). Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi). Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”. Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6). Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan. Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?

0 comments: